insiden 23/12/2012: Hari pertama Umar guna car seat, walaupun kecil (masa dia baby) tapi gagahkan juga pujuk Umar sbb kes accident sebuah keluarga yang berlaku di Nibong Tebal. Ini telah membuatkan mak dan abah risau keselamatan Umar yang suka duduk seat depan.
Umar terkunci dalam kereta dan kunci spare pun dalam kereta. Mak dan abah cuba pujuk Umar buka lock pintu tapi jari Umar terlalu kecil untuk tarik lock tu. Umar nangis tak henti-henti. Setelah mencuba tetapi gagal, kami telefon polis untuk bantuan. Dalam 5-10 minit 1 kereta peronda polis datang dengan 1 motor. Cuba tapi masih gagal. Datang lagi 1 kereta peronda dan 2 motor. lebih kurang 6 org polis semuanya. Dah guna pisau, hanger, pembaris jahit, screw driver..tapi gagal. Umar masih menangis..kesian anak mak. Jiran sebelah, Fauzi pun membantu.
Seketika kemudian, Polis pun telefon Bomba untuk bantuan. 1 trak bomba datang bersama lebih kurang 6 orang anggota siap turun dari trak dengan lengkap berpakaian Bomba (dengan helmet sekali ok..)..Umar ni penakut..bila dah ramai keliling ereta dengan uniform masing-masing, lagi la dia menangis.. reaksi pertama mak dan abah, janganlah bomba ni pecahkan cermin..huhhh..tapi itu adalah last resort yang bomba akan buat. Dengan anggota polis di sebelah kiri kereta dan anggota bomba disebelah kanan kereta, (mak dan abah pun tak tau nak berdiri mana dah..).. masing-masing mencuba untuk buka pintu.. team polis semakin hampir kepada button window dan dalam hati mak doa semoga dipermudahkan segala usaha mereka ini.. tiba-tiba.. tappp.. mak jerit "dah buka..dah buka dah.." terus abah buka pintu, dan kami peluk umar.. umar masih menangis tapi seketika kemudian dia senyap sebab nampak trak bomba yang besar betul-betul depan rumah..Akhir sekali, Umar pun melambai pada semua anggota bomba dan polis yang berangkat pulang..
Pengajaran:
1. simpan kunci spare di tempat yang strategik (akan difikirkan..)
2. jangan tinggalkan anak sendirian dalam kereta walaupun sekejap. (tindakan serta merta)
3. jangan panik bila berlaku insiden macam ni.
4.tenangkan anak/sesiapa sahaja yang berada dalam kenderaan. (hakikatnya diaorg mmg akan nangis je..)
Credit: terima kasih yang tidak terhingga kepada semua anggota polis dan bomba yang sedia membantu kami sekeluarga dalam "Misi Menyelamatkan Umar - terperangkap dalam kereta". jasa anda sangat kami hargai dan hanya tuhan dapat membalasnya. Teruskan khidmat bakti anda kepada masyarakat.

Comments
Post a Comment